Gempa Sabah: Sarawak hulur bantuan RM1 juta

 


Kota Kinabalu: Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Sabah untuk membantu mangsa yang terbabit dalam gempa bumi.

Sumbangan disampaikan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Selain menyatakan simpati dengan tragedi yang menimpa Sabah, kerajaan Sarawak turut menawarkan bantuan logistik kepada kerajaan Sabah.

Kerajaan Sarawak sedia membantu sekiranya Kerajaan Sabah memerlukan khidmat helikopter dan keperluan lain.

Diharap rakyat Sabah dapat bersabar dan berdoa supaya kejadiansama tidak berulang lagi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56521#sthash.UGbn38ui.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment