Matrix bina 3,200 rumah mampu milik

 

SEREMBAN 10 Jun - Pemaju hartanah terkemuka di negeri ini, Matrix Concepts Holding Berhad (Matrix Concepts) menyasarkan pembinaan sebanyak 3,200 unit rumah mampu milik di Gadong Jaya dekat sini dalam tempoh dua tahun akan datang.


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Lee Tian Hock berkata, pembangunan projek rumah teres satu tingkat dan rumah teres dua tingkat itu dianggarkan bernilai RM1.2 bilion.


Jelasnya, harga jualan rumah-rumah berkenaan adalah di bawah RM400,000 setiap unit, iaitu lebih rendah daripada harga pasaran.


"Sebagai sebuah syarikat pembangunan hartanah di negeri ini, kita tidak meminggirkan kumpulan berpendapatan sederhana.


"Kita juga menyahut saranan kerajaan negeri bahawa ada tanggungjawab di pihak pemaju dalam menyediakan rumah mampu milik kepada semua golongan rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin.


Jelasnya, pembinaan rumah berukuran 20 kaki lebar dan 60 kaki panjang tersebut bukan sahaja mendapat maklum balas positif daripada rakyat di negeri ini, malah penduduk sekitar Lembah Klang yang sedang mencari rumah mampu milik.


Dalam perkembangan lain, Tian Hock berkata, Matrix Concepts menyasarkan lebih ramai pelabur tempatan dan asing mendirikan kemudahan pembuatan di kawasan industri miliknya di Sendayan TechValley dan Sendayan TechPark di sini.


Tambahan pula katanya, syarikat berkenaan baru-baru ini membeli tanah perindustrian seluas 64.7 hektar berhampiran Jalan Mambau-Lukut dekat sini bagi pembangunan industri baharu di negeri ini.


- See more at: http://m.utusan.com.my/bisnes/korporat/matrix-bina-3-200-rumah-mampu-milik-1.101364#sthash.vwKV8Dpv.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Bila pendaftaran akan dibuka untuk pembinaan yg terbaru ini? Berapakah harga mininum?

    ReplyDelete