21 July 2015

Jenayah pecah rumah, ragut catat penurunan

  21 July 2015

Image courtesy: bharian.com.my

SEREMBAN 20 Julai – Jumlah jenayah melibatkan pecah rumah dan ragut di negeri ini dari Januari hingga Jun tahun ini mencatatkan penurunan mendadak dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,303 kes.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti negeri, Asisten Komisioner, Che Man Md. Dros berkata, jumlah itu berbeza pada tahun lalu dengan 2,920 kes direkodkan pada tempoh yang sama.

Jelas beliau, penurunan itu disumbangkan menerusi langkah proaktif pihak polis dalam mencegah jenayah menerusi Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) ternyata membawa impak yang berkesan.

“Buat masa ini tiga lokasi sahaja yang kita ada URB dan MPV yang mana dua di bandar ini dan satu lagi di Nilai. Walaupun mencatatkan penurunan namun kita mahu kes berkenaan diturunkan dengan kadar yang lebih rendah.

“Kita akan meluaskan lagi skop rondaan kita di kawasan-kawasan yang dinelapasti dan pihak polis berharap agar URB dan MPV ini akan dapat beroperasi di semua balai-balai tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai borang balik kampung, beliau menjelaskan setakat ini sebanyak 400 borang telah diedarkan kepada orang ramai namun sehingga kini sebahagian besarnya tidak dikembalikan.
Jelas beliau, penyerahan kembali borang berkenaan adalah penting bagi memudahkan pihak polis mengagih-agihkan tugasan dalam menjalankan operasi rondaan dilokasi-lokasi tertentu.

“Malah orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berdekatan, nyatakan makumat mengenai kawasan perumahana supaya mudah bagi kita menjalan operasi sempena musim perayaan kali ini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jenayah-pecah-rumah-ragut-catat-penurunan-1.115180#sthash.fcyNa9f7.dpuf
logoblog

Thanks for reading Jenayah pecah rumah, ragut catat penurunan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment