Kejadian rompakan kedai emas di Terminal One

 


Seremban: Tiga lelaki berpistol melarikan empat dulang emas dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Terminal One, di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian kira kira 11 pagi, ketiga-tiga suspek turut bertopi keledar sewaktu melakukan rompakan itu.

Katanya, buat masa ini, nilai kerugian belum dapat ditafsirkan dan gerakan memburu giat dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

"Sejurus melakukan rompakan, semua suspek melarikan diri dan kami kini sedang mengesan mereka," katanya.



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64822#sthash.8rNFdMPW.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment