07 December 2015

Menara MAINS 18 tingkat dirasmikan awal tahun depan

  07 December 2015
SEREMBAN 7 Dis. – Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang dibina di kawasan strategik Taman Tasik Seremban dengan kos RM68 juta dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya merancang supaya menara dapat diserahkan segera kepada MAINS untuk dijadikan salah satu acara sambutan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 14 Januari tahun depan.

“Saya akan memohon perkenan baginda Tuanku Muhriz untuk merasmikan Menara MAINS itu dalam bulan Januari atau awal Februari sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Menara MAINS di sini, hari ini.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/menara-mains-18-tingkat-dirasmikan-awal-tahun-depan-1.166722#sthash.K6dGG6f9.dpuf
logoblog

Thanks for reading Menara MAINS 18 tingkat dirasmikan awal tahun depan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment