Hanya tiga kes jenayah di Sendayan sejak Januari

 

SEREMBAN: Kerjasama erat di antara polis dan pemaju perumahan Bandar Sri Sendayan di sini, menyebabkan kawasan ini mempunyai kadar kes jenayah yang amat rendah.

Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, hanya tiga kes jenayah berlaku di kawasan Sendayan, yang sebahagian besar penduduk tinggal di bandar itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata kerjasama itu dilakukan dengan pemaju perumahan itu, Matrix Consepts Holdings Bhd, menyediakan tiga pondok bit polis dan sebuah van untuk kegunaan anggota polis.

Katanya, ini membuatkan kehadiran anggota polis lebih dirasai di kawasan Sendayan yang kini mempunyai penduduk mencecah 60,000 orang.

"Kawasan Sendayan dijangka mempunyai penduduk seramai 120,000 orang pada tahun 2020, terutama apabila pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan, siap tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan Hari Sukan Dua Penjuru Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Matrix Consepts di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Lee Tian Hock.


logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment