Tabung Haji serah zakat RM1.96 juta kepada PZNS

 


SEREMBAN 24 Mac – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.96 juta bagi tahun 2015 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) di Istana Hinggap Seremban, di sini.

Penyerahan zakat itu dilakukan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Johan, pembayaran zakat kepada negeri ini menca­tatkan peningkatan sebanyak 4.27 peratus atau RM80,301.76 berbanding RM1,882,114.44 pada tahun sebelumnya.
“Peningkatan itu sejajar de­ngan prestasi dan pencapaian keseluruhan Tabung Haji yang memberangsangkan tahun lalu.

“Negeri Sembilan adalah ne­geri ketiga selepas Johor dan Sabah dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan Tabung Haji tahun ini,” katanya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PZNS, Datuk Dr. Awaluddin Said; Pengarah Tabung Haji negeri, Khairi Dasemin; Mufti Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad dan dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Selamat Paigo.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/tabung-haji-serah-zakat-rm1-96-juta-kepada-pzns-1.204202#sthash.nLgrudd4.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment