Lelaki baran tunjuk kapak didenda (Seremban)

 


SEREMBAN – Akibat perbuatan menunjukkan kapak kepada pasangan suami isteri di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong sehingga aksinya menjadi viral di laman sosial dalam kejadian 17 Februari lalu, seorang penternak kambing dikenakan denda RM3,700 oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam.

Tertuduh, P Haman 20, boleh juga dikenakan sembilan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan selepas hukuman dijatuhkan Majistret, Siti Khairiah Abd Razak.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap pengadu, Syaari Aziz, 35 dengan ugutan hendak menyebabkan cedera parah di tepi jalan berhampiran dengan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong kira-kira jam 3 petang pada 17 Februari lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu telah membunyikan hon kereta selepas mendapati tertuduh tidak menggerakkan kenderaannya ketika lampu isyarat menunjukkan warna hijau di Jalan Sungai Ujong sebelum masing-masing memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, tertuduh telah memarahi pengadu dengan bahasa yang kotor dan telah menunjukkan jari tengah terhadap pengadu.

Selepas kejadian itu, tertuduh terus mengambil kapak di dalam kenderaannya sambil melibas-libas kapak tersebut terhadap pengadu selepas isteri pengadu mengambil gambar.

Timbalan Pendakwa Raya, Ainnan Mohd Rasid mencadangkan kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. Selanjutnya: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lelaki-baran-tunjuk-kapak-didenda-1.498230
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment