Mengaku tidak salah tipu, curi dokumen kerajaan

 


SEREMBAN – Seorang pembantu Pejabat Daerah dan Tanah Seremban mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam atas dua pertuduhan iaitu menipu seorang lelaki dengan memperdayanya menyerahkan wang RM61,000 bagi mendapatkan projek dan mencuri dokumen kerajaan pada November 2015.

Tertuduh, Maidzatul Ashra Mokhtar 36, yang mengangguk tanda faham bagaimanapun mohon dibicarakan di hadapan Majistret, Asyida Abd Rahim selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menipu pengadu, Nur Affendy Mohd Ramli dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang RM61,000 untuk mendapatkan projek program peningkatan pendapatan (PPP) pada tahun 2015 yang di dalam pengetahuan tertuduh adalah tidak wujud dan menyerahkan empat keping pesanan kerajaan yang juga dalam pengetahuan tertuduh adalah tipu.

Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan pengadu untuk menyerahkan sejumlah wang tersebut di CIMB Bank Sri Mawar Senawang, kira-kira jam 4.28 petang pada 11 November 2015.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan niat mencuri dokumen pesanan tempatan iaitu 42 helai dokumen milik Pejabat Tanah Seremban di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban pada pertengahan November 2015. - READ MORE: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mengaku-tidak-salah-tipu-curi-dokumen-kerajaan-1.498232
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment