Perdana Menteri Dijadual Rasmi Wisma Ceylonese Di Seremban Ahad Ini

 

SEREMBAN, 3 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan Wisma Ceylonese di Jalan Sungai Ujong di sini pada Ahad ini.


Bangunan tiga tingkat itu adalah milik Persatuan Ceylonese Negeri Sembilan (NSCA).

Presiden NSCA, S Kumarasamy hari ini berkata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan juga dijadual menghadiri majlis itu.

"Kami jangka 5,000 orang akan hadir pada majlis perasmian tersebut. Majlis pada Ahad ini bakal mengukir sejarah dan akan menjadi kebanggaan kami sejak NSCA ditubuhkan pada 1950," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pembinaan bangunan Wisma Ceylonese dengan kos RM3.3 juta bermula pada 2008 dan siap pada 2011.

Katanya antara kemudahan yang terdapat di Wisma Ceylonese ialah dewan yang boleh menampung 500 orang, dewan majlis perkahwinan, bilik mesyuarat, bilik persidangan dan perpustakaan.

-- BERNAMA
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment