Jeram Toi ditutup dipercayai akibat kencing tikus

 

NOTIS pemberitahuan berkenaan kawasan rekreasi Jeram Toi ditutup kerana disyaki berlakunya kejadian kencing tikus. - Foto Ihsan Jabatan Hutan 

KUALA KLAWANG: Kawasan rekreasi Hutan Lipur Jeram Toi di sini, ditutup sementara bermula semalam, kerana dipercayai dicemari virus kencing tikus. 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah, berkata langkah itu diambil apabila sekurang-kurangnya tiga mangsa disahkan dijangkiti virus itu selepas mengunjungi kawasan berkenaan, hujung bulan lalu. 

"Seorang mangsa sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) manakala dua lagi menerima rawatan di Hospital Besar Melaka. 

"Selain itu, kita juga menunggu keputusan ujian makmal bagi sampel darah dua lagi pesakit di HTJS bagi menentukan sama ada mereka dijangkiti virus kencing tikus atau tidak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya, Jabatan Perhutanan negeri akan membuka semula kawasan berkenaan selepas disahkan bebas daripada virus itu, tidak lama lagi. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Salim Aman, berkata kerja pembersihan kawasan itu dilakukan bersama Majlis Daerah Jelebu dan Jabatan Kesihatan negeri, semalam. 

"Buat masa ini, hanya Hutan Lipur Jeram Toi yang ditutup di negeri ini, manakala hutan lipur di tempat lain tidak terbabit," katanya. 

http://www.bharian.com.my/node/153309?m=1

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment