02 June 2016

Warga tua ditemui mati dengan tangan diikat tuala

  02 June 2016


SEREMBAN: Seorang wanita berusia 78 tahun ditemui mati dalam keadaan tangan diikat tuala dan kesan jerutan pada leher di rumahnya di Paroi, dekat sini, malam tadi.

Mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 7.30 malam, oleh anak perempuannya berusia 57 tahun yang baru pulang dari Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, kerana menguruskan suami mangsa yang mendapatkan rawatan akibat sakit tua.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata ketika kejadian mangsa tinggal berseorangan di rumah banglo dua tingkat dan tiada kesan pecah masuk. Katanya, sebaik pulang dari hospital, anak mangsa yang terkejut melihat keadaan ibunya, meminta bantuan jiran yang juga seorang jururawat untuk membuat pemeriksaan dan mendapati warga tua itu sudah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati terdapat kesan lebam dan calar pada bahagian leher, lengan dan jari, manakala cincin dan rantai leher milik mangsa hilang dipercayai disamun," katanya di sini, hari ini. 

Muhamad Zaki berkata, mangsa sebelum itu bersama seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia awal 30-an yang bekerja di rumah itu dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Katanya, polis kini sedang mengesan wanita itu bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159998
logoblog

Thanks for reading Warga tua ditemui mati dengan tangan diikat tuala

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment