24 February 2017

Enjin Bezza dipasang di Sendayan

  24 February 2017
DAIHATSU Motor Co. Ltd dan Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua) secara rasmi membuka Kilang Enjin Daihatsu Perodua (DPEM) di Sendayan, Negeri Sembilan.

Pelaburan kerjasama bernilai RM500 juta itu merupakan usaha sama penting kedua Daihatsu selepas kilang pemasangan transmisi, Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd yang terletak bersebelahan.

Mula beroperasi pada Mei lalu, DPEM membekalkan komponen enjin bagi model Perodua Bezza. Dengan kekuatan 202 pekerja, kilang enjin berkeluasan 2 hektar di atas tanah seluas 14 hektar berkenaan merangkumi kemudahan bilik solat, kantin, bilik simpanan barang dan hostel.

Kapasiti pengeluaran DPEM ialah sebanyak 216,000 unit enjin setahun. Sehingga kini, DPEM sudah mengeluarkan 35,000 unit enjin. Angka tersebut turut melibatkan pemasangan enjin jenama lain.

Pengerusi DPEM, Tan Sri Asmat Kamaludin, berkata menerusi kilang tersebut pihaknya dapat menawarkan solusi komponen enjin secara komprehensif kepada pengilang peralatan tulen (OEM) automotif.

“Pelaburan ini adalah tepat pada masa kerana kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan menggalakkan kepelbagaian sumber pendapatan seiring dengan saranan Perdana Menteri yang tidak terlalu bergantung kepada industri minyak,” katanya.

Tambah Asmat, DPEM setakat ini memiliki dua pembekal OEM bagi produknya dan masih mencari pengeluar yang dapat membekalkan komponen enjin.
logoblog

Thanks for reading Enjin Bezza dipasang di Sendayan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment