Laluan khas bas sekolah turunkan pelajar di Negeri Sembilan

 

SEREMBAN - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan laluan khas untuk bas sekolah mengambil dan menurunkan pelajar di sekolah yang mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias berkata, langkah itu bagi menjamin keselamatan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah di negeri ini.

"Kita sedia maklum ada bas sekolah terpaksa menurunkan pelajar jauh dari pintu pagar sekolah kerana kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh ada bas sekolah terpaksa menurunkan dan mengambil pelajar kira-kira 200 meter dari pintu pagar sekolah.

"Situasi ini mendedahkan pelajar terbabit kepada unsur yang tidak baik termasuk jenayah," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan (PPBSNS) Ke-15 di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan di Negeri Sembilan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung perkara itu dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz4Znk2E4P3 

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment