Beri perhatian kepada kumpulan M40

 

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin yang Perdana Menteri bukan sahaja memberi perhatian kepada isi rumah pendapatan terendah kategori (B40) dalam Bajet 2018, tetapi juga  kumpulan pendapatan pertengahan (M40).

Beliau berkata, golongan M40 juga kini dibebani kos sara hidup yang semakin meningkat dan turut tidak terkecuali merasa terbeban dengan keadaan ekonomi hari ini.

“Saya yakin Perdana Menteri akan membuat pertimbangan semua sudut seperti yang beliau sebutkan bahawa pengagihan semua sektor diambil kira terutamanya kumpulan B40.

‘Tapi dalam keadaan sekarang, saya juga percaya yang tumpuan itu turut diberi kepada kumpulan M40. Saya yakin yang Perdana Menteri akan membawa beberapa perkara yang boleh meringankan bebanan kehidupan kumpulan ini,”katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Pada masa sama beliau turut berharap yang keseluruhan isi Bajet 2018, dapat mengambil kira kos sara hidup dan beberapa perkara seperti perumahan dan lain-lain.

Untuk maklumat, M40 merujuk kepada golongan isi rumah berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319.

Credit. http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/beri-perhatian-kepada-kumpulan-m40-1.747944

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment