Gangguan bekalan air dua hari, Rembau, Seremban, Port Dickson dan Jempol (1 dan 2 November) 

 

SEREMBAN - Pengguna di beberapa kawasan di Rembau, Seremban, Port Dickson dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 1 dan 2 Novemver ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan serta pencucian kolam imbangan dan tangki air.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gangguan bekalan air di kawasan berkenaan adalah selama 24 jam mulai 8 pagi (1 November).

"Kerja-kerja ini antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan," katanya.

Di Rembau, kawasan terlibat ialah Taman Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kampung Pedas Batu 4 (kanan & kiri), Taman Pinggiran Pedas, Kampung Minching Baru, Sungai Ibor Batu 3, Kampung Minching Lama.

Taman Pedas Indah, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Kampung Sungai Ibor, Kampung Seberang Batu 2, Sekolah Kebangsaan Pedas, Kampung Seberang Batu 1, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lalah, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Bunga Raya dan Jalan Dato Keramat.

Selain itu, kawasan kolam Chembong, kedai makan Majlis Daerah Rembau, Taman Dato Lela Maharaja, Sekolah Menengah Dato Sedia Raja, Rumah Rakyat Chembong, Jalan Kampung Chembong, Kampung Berkat, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah, Kampung Chembong Air Hitam, Kampung Baru Chembong Air Hitam, kawasan perindustrian Chembong, Taman Desa Chembong dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong.

Di Seremban, kawasan terlibat ialah Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening.

Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kampung Sungai Sendayan, seluruh kawasan di Perindustrian Arab Malaysian, Taman Desa Ria, Taman Desa Saga serta seluruh kawasan Pantai dan Sikamat.

Di Port Dickson, kawasan terlibat ialah dari sekitar kawasan Kampung dan Pekan Air Kuning, Kampung Takau sehingga sekitar kawasan Kampung Tampin Linggi (Tampin kiri), sekitar Jalan Pekan Air Kuning, Kampung Barisan, Taman Desa PD, sebahagian kawasan Jalan Sua Betong, sebahagian kawasan Jalan Siliau, Batu 6 dan Batu 7 Jalan Seremban, Taman Vista Jaya Lukut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin, Lukut.

Sementara di Jempol, melibatkan keseluruhan kawasan perumahan Felda Bukit Rokan Barat.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk sebarang bantuan lanjut.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/gangguan-bekalan-air-dua-hari-1.748438


logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment