Terkini: Pemandu treler larikan diri

 

NILAI: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan suami isteri di Kilometer 270.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, petang tadi, dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya masih mengesan pemandu treler terbabit dan sehingga jam 9.30 malam tadi, belum menerima laporan daripadanya berhubung kemalangan berkenaan.

"Siasatan mendapati pemandu treler terbabit tiada di lokasi kejadian kerana dipercayai melarikan diri," katanya di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban di sini, Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Zaldino berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan terbabit yang menghala ke utara hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Treler itu bertembung dengan kenderaan dinaiki suami isteri terbabit. Dua lagi kereta turut terbabit dalam kemalangan berkenaan.

"Suami isteri itu mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi pemandu serta penumpang dua kereta lain cedera," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/343024/terkini-pemandu-treler-larikan-diri

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment