Bajet terbaik dalam sejarah - Mohamad

 

SEREMBAN 27 Okt. - Negeri Sembilan menyifatkan pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sebagai paling baik dalam sejarah negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana ia meliputi rakyat di semua peringkat dan tidak ada yang terkecuali mendapat manfaat dan faedah daripada bajet tersebut.

Katanya, bajet itu dibentangkan secara menyeluruh kerana kerajaan mahu setiap rakyat mendapat nikmat daripada dasar dan program yang dilaksanakan olehnya.

"Para pembayar cukai pendapatan menikmati potongan dua peratus yang akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM500 juta.

"Tetapi oleh kerana kerajaan ingin membantu golongan berpendapatan rendah atau M40, tindakan itu masih juga diambil demi membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Kenduri Rakyat anjuran Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JPP) Zon 24 Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Lenggeng di Padang Awam Taman Ampangan Fasa 2 dekat sini malam ini.

Lebih 2,000 penduduk hadir pada majlis tersebut.

Mohamad berkata, keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat juga terpancar jelas daripada pemberian subsidi kesihatan sebanyak RM27 bilion.

"Secara keseluruhannya Bajet 2018 adalah pemberian daripada Perdana Menteri untuk rakyat yang sentiasa menjadi perhatian beliau," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Credit: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bajet-terbaik-dalam-sejarah-mohamad-1.543961


logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment