23 June 2015

164 kes langgar Akta Kawalan Harga di NS

  23 June 2015

SEREMBAN 23 Jun - Sebanyak 164 kes telah dica-tatkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan melibatkan peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dari tempoh Januari tahun ini hingga semalam.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Mohd. Redza menjelaskan dalam tempoh yang sama, pihak-nya turut mengesan 41 kes melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972 di negeri ini.

“Ini berdasarkan hasil pemeriksaan yang kita lakukan melibatkan 59,000 premis di seluruh negeri ini dengan 37,000 premis di bandar manakala selebihnya di kawasan luar bandar dalam usaha kita mengesan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga.

“Kita akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan peniaga yang tidak beretika ini dikenakan tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya.



logoblog

Thanks for reading 164 kes langgar Akta Kawalan Harga di NS

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment