Gangguan bekalan air di seluruh Seremban

 


SEREMBAN - Seluruh daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air pada 15 Disember berikutan kerja-kerja penukaran 'roller bobbin' oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen suis utama Loji Rawatan Air Sungai Terip, dekat sini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains),

Norzita Ismail berkata, gangguan selama 24 jam itu, mulai 10 malam pada hari tersebut sehingga 10 malam keesokannya.

"Gangguan itu melibatkan seluruh daerah Seremban, kecuali Nilai, Mantin/Setul, Pantai, Sikamat dan Rantau," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya bekalan dijangka pulih secara berperingkat dengan kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.

Para pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment