19 April 2016

Polis tangkap tukang masak tanam mayat bayi

  19 April 2016

KETUA Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun. - Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Seorang tukang masak ditangkap kerana dipercayai menanam mayat bayi tidak cukup bulan yang dilahirkan oleh isterinya di tempat pembuangan sampah berhampiran rumahnya di sini, hari ini. 

Isterinya dipercayai mengalami keguguran ketika berada dalam tandas rumahnya di sebuah taman perumahan di Senawang dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi.

Bagaimanapun, bayi lelaki yang berusia antara lima hingga enam bulan itu meninggal dunia. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 26 tahun itu kemudian membuang mayat bayi itu di tempat pembuangan sampah yang terletak hanya kira-kira 13 meter dari rumahnya. 

Katanya, polis yang mendapat maklumat daripada orang ramai pergi ke tempat kejadian dan menemui mayat bayi yang masih mempunyai uri dan tali pusat dengan berat antara 500 hingga 600 gram. 

"Mayat bayi itu dibungkus dengan plastik dan ditanam sedalam kira-kira 0.25 meter," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

logoblog

Thanks for reading Polis tangkap tukang masak tanam mayat bayi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment