Wi-fi mampu tarik golongan muda ke masjid

 

PORT DICKSON - Setiap masjid di negeri ini digalakkan menyediakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau wi-fi dalam usaha menggalakkan lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri berhasrat mengembalikan semangat berkumpul di masjid dan ini secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid di kawasan mereka.

"Kita mahu setiap orang menjadikan masjid tempat bersatu dan menguatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Anak muda bukan sekadar dapat berkumpul malahan boleh melakukan aktiviti pembelajaran selain memperoleh maklumat daripada kemudahan yang disediakan," katanya ketika merasmikan Masjid Kariah Linggi di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Linggi Datuk Abdul Rahman Mohd Redza serta Timbalan Mufti Negeri Sembilan Nor Azamir Alias.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/wi-fi-mampu-tarik-golongan-muda-ke-masjid-1.748943

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment