Kluster Rembau, kluster yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM

 

Photo credit. Courtesy from Pejabat Daerah & Tanah Rembau
Pada 18 Mei 2020, terdapat dua (2) lagi kluster yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah tamat adalah sebanyak 13 buah.
Berikut adalah senarai kluster yang telah diisytiharkan tamat sebelum hari ini.
1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
5. Kluster Rembau
6. Kluster Tabligh Pakistan
7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
8. Kluster Pekan
9. Kluster Kilang Pasir Gudang
10. Kluster BBIM
11. Kluster Tabligh Makassar Sabah
12. Kluster Pengerang
13. Kluster Istana Negara 

Apa yang perlu kita faham tentang ‘Kluster Diisytiharkan Tamat’ ini?

‘Kluster Diisytiharkan Tamat’ bermaksud tiada lagi kes baru dicatatkan dalam sesuatu kluster berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. Kriteria utama untuk menamatkan sesuatu kluster adalah tiada kes baru selepas dua kali tempoh inkubasi (14hari/satu inkubasi) iaitu 28 hari selepas tarikh gejala bagi kes yang terakhir atau tarikh positif COVID-19 jika kes terakhir tiada gejala. 

Contohnya kluster A, tarikh positif kes terakhir (tiada gejala) dalam kluster tersebut ialah 1/4/2020, ini bermaksud jangkaan tamat bagi kluster A ialah 29/4/2020. Dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa tempoh antara 1/4/2020 – 29/4/2020 adalah bersamaan 28 hari.

Credit. KKM.  


logoblog
Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. How to make money with Bet365 - Work-to-Earn Money
    How to make money from Bet365 · 1. Open a Bet365 Account · 2. Select Bet365 Casino. · 3. Select Bet365 Sportsbook · 4. Enter หาเงินออนไลน์ the name

    ReplyDelete